Saturday, January 22, 2011

Sinetron

Salam Semua nya
apa khabar kalian disana?
nak cakap indon pulak kan.
bila weekend2 camni, cam biasa la,
tengok sinetron2 indonesia la kat tv
bukan la aku mengikuti setiap siri,
cuma aku tiada cerita mahu di tonton

bila tengok2 cerita2 indon ni,
banyak jugak la yang aku perasan
semua jalan cerita agak sama.
jika ada yang perasan,
setiap cerita, tidak kisah kisah tentang cinta atau agama,
pasti ada 1 watak antagonis
DENGKI itu sudah tentu ada pada mereka
memporak perandakan kehidupan orang lain juga salah satu kemestian
bukan aku mahu kata yg siri2 drama Malaysia tiada cerita seperti mereka,
tetapi apa yang aku mahu katakan, memang itu sahaja jalan cerita yang akan mereka buat
*sepanjang pemerhatian aku lah
apa yang aku nampak pula,sikap2 yang aku sebut tadi memang ada dalam diri mereka

lihat saja apa yang berlaku dalam realiti dunia sekarang?
tidak habis dengki mereka,
tidak habis buruk sangka mereka kepada kita
mungkin kat sini pon kita boleh tengok agaknya
mungkin ini boleh di jadikan iktibar kepada kita supaya tidak jadi seperti mereka
cukup lah untuk sekarang,
aku mahu berfikir lebih lagi sebelum aku berkata kata disini lepas ni.
Semoga Semuanya Baik baik sahaja. Amin

Monday, January 17, 2011

Takziah

Assalamualaikum aku ucapkan

Mungkin aku sedikit emosi ketika ini

Salam takziah aku ucapkan kepada keluarga Mok De ku,

Yang kehilangan seorang ahli keluarga mereka pada 12/1/2011,

Kak Memie Fazura atau lebih di kenali dengan kak mimi dalam keluarga kami

Sungguh tidak ku sangka kerana semuanya berlaku dengan pantas

Arwah baru saja melahirkan anak kedua beliau, 4 hari sebelum ajal datang menjemput beliau

Pernah aku mendengar, jika seorang ibu melahirkan anak, maka terhapuslah segala dosanya

Jika benar tentang perkara ini, Ya Allah, kau ampunilah dosa Arwah, dan tempatkan beliau di golongan orang yang beriman. Amin .

Kepada Mok De, salam Takziah aku ucapkan. Aku juga terasa akan kehilangan beliau