Monday, March 1, 2010

apa sudah jadi?

apa sudah jadi pada ku sekarang?
aku dapat rasakan yang aku bukan lah aku yang dulu.
cuba menjadi sesuatu yang bukan aku.
ini bukan kali pertama..
dan aku tidak suka ini berlaku..
mengapa bila perkara tu datang, aku terus berubah identiti
kerap kali berpura
kerap kali berharap
kerap kali merajuk
kerap kali merapu
kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?
Oh Tuhan yang Maha Mengetahui,
Kau berikan lah aku kekuatan agar dapat aku mengharungi segala rintangan
dan Kau tabahkan lah hati ku.

Sunday, February 28, 2010

Wow!

salam untuk semua
tika aku menulis ini, aku baru saja selesai dari menyertai pertandingan futsal anjuran fakulti bisnes..
aku agak teruja kerana kumpalan ISBA bermain agak bagus walaupon aku tidak memberi sumbangan kepada kumpulan kami
ini adalah pengalaman pertama kali ku dalam menyertai pertandingan futsal
memang aku gugup! tenaga ku hanya diguna untuk baki perlawanan utnuk kumpulan kami
dorongan dari rakan,
jiji, furi, emi, fizi, tom, dan kehadiran kay, membuat kan aku sedikit berani untuk bermain..
oh ya!
aku disapa oleh seseorang yang tidak ku sangka!
hello NURULHAWA HUSSIN!
itulah kali kedua aku bertentang mata dengannya, walaupon dia memakai "shades"
haha, agak goyang aku ketika itu..
apa pun,
ternyata usaha aku berjogging berpuluh pusingan tidak mendatang kan sebarang hasil kepada ku.
hanya sedikit keras di labu betis, itu sahaja
sedang aku duduk sambil menonton rakan2 ku bermain, baru ku sear yg kasut futsal ku telah koyak tapak nya..
maka,
terpaksa lah ku membeli "si putih gebu idaman ku" itu kelak
ternyata banyak lagi usaha perlu aku tingkatkan untuk menjadi seorang yang "fitt"
sampai disini sahaja..
TAHNIAH AKU UCAPKAN KEPADA PASUKAN ISBA "A"!