Wednesday, December 29, 2010

ERA BARU BOLA SEPAK MALAYSIA

Alhamdulillah.
tahniah Malaysia kerana memenangi piala AFF Suzuki 2010
berkat usaha dan doa rakyat Malaysia, dan dengan Allah,
Piala telah menjadi milik Malaysia setelah sekian lama.
benarlah kata2 yang pernah aku dengar
"Skuad Pengubah Sejarah"
cukup berpuas hati, mungkin bukan aku saja, malah seluruh rakyat Malaysia
kepada warga Indonesia, apa lagi alasan kalian kali ini??
walau kalah pada timbal balik, kami masih menjaringkan gol pendahuluan.
apa kata si Markus? apa alasannya kali ini?
aku tak dapat nak gambarkan lagi kegembiraan aku.
tahniah sekali lagi aku ucapkan
Alhamdulillah

Tuesday, December 28, 2010

Persatuan2 di Malaysia

ok, hari ni cukup dengan emosi Perlawanan Akhir Piala AFF dulu
sekarang ni nak cerita sikit tentang persatuan yang ada kat Malaysia ni.
Baru baru ini aku telah meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan rakan rakan diploma ku,
ROY DEALOVA dan FIRDZUS CHAN
destinasi kami, Pavilion Kuala Lumpur.
janji temu seharusnya pada pukul 3.00, tetapi aku sedikit lambat akibat kesesakan kota raya.
sepanjang perjalanan aku menuju ke Pavilion, ketika menunggu rakan2 ku sampai, dan hinggalah aku pulang, bermacam ragam, dan jenis manusia yang aku temui.
jadi aku "label" kan mereka dgn maksud persatuan.
persatuan yang paling kerap aku temui adalah "Persatuan Adam Lambert"
terdiri dari golongan kanak2 dalam lingkungan 12-15 tahun, memakai celak dan berpakaian ala2 ADAM LAMBERT. melihat mereka, membuatkan aku tersenyum sendirian di sana. Adoyai.
tidak ketinggalan, "Persatuan Kanak2 Rayban", yang terdiri daripada kanak2 juga berumur 12-15 tahun, memakai Kacamata Rayban dan berjalan di dalam kawasan Pavilion tersebut.
tiada komen untuk mereka2 ini kerana aku juga tergolong dalam golongan mereka ini. Adoi..
dan yang paling popular , dan menjadi trend dalam semua lapisan masyarakat,
"Skuad Penembak Tepat Nikon"
akibat skuad ini, aku terpaksa melupakan hajat ku untuk menjadi seorang jurukamera Semi-Profesional, atas sebab2 tertentu yang datangnya dari mereka.
tapi apa yang benar2 membuatkan ku marah, apabila melihat, seorang remaja,perempuan, berTudung, dengan jarinya memegang sebatang rokok.
dengan bangganya menghisap rokok dikhalayak ramai.
mungkin perkara ini agak baru untuk aku, tapi apa yang aku lihat, betul2 memalukan
Bertudung, sambil menghisap rokok. itu sangat tidak betul!!
boleh lihat bagaimana impak daripada pengaruh rakan sebaya.adoi...
harap perkara ini tidak berlaku dalam keluarga ku.
ok, emosi mula membuak kala ini.
sampai disini dahulu.

Monday, December 27, 2010

LASER?? LOSER JE CAKAP CAMTU

Salam semua..
perasaan gembira teramat sangat aku kali ni..
HARIMAU MALAYA mula mengaum!
YAA!!
membaham garuda dengan 3-0 di stadium bukit jalil..
permainan Malaysia yang paling bagus aku pernah lihat..
Serius, aku sedikit tidak gentar dengan serangan2 daripada indonesia dalam perlawanan tersebut.
sememangnya Malaysia beraksi dengan cemerlang pada malam tersebut!
siapa yang menonton sudah tentu tahu bagaimana corak permainan Malaysia
ALHAMDULILLAH..
kemenangan menjadi milik negaraku di stadium mereka sendiri. TAHNIAH!!
InsyaAllah kemenangan berpihak kepada kalian wahai para pemain.
mungkin kata2 ku disini dimakbulkan , dijadikan DOA untuk para pemain.
semoga mereka tidak leka, tidak mudah lupa diri dengan kemenangan kali ini.
masih ada 90 minit lagi untuk di harungi di negara seberang.
pedulikan kontroversi "LASER" itu, dan yang penting, kekalkan rentak kemenangan anda semua di stadium bukarno kelak.
jangan dilupakan DOA ,
dan teruskan usaha. InsyaALLAH.

apa yang aku rasakan, dan perhatikan,
sememangnya gol yang Malaysia peroleh adalah akibat daripada kesilapan pemain Indonesia sendiri, dan bukan lah laser2 yang di pancarkan kearah GOALKEEPER tersebut!
mungkin ayat ku agak "bias", tapi itu hakikatnya, tambahan pula Malaysia bermain dengan baik sekali pada malam tersebut.
tiada alasan "looser used laser" , atau lain2 lagi!
mungkin apa yang aku boleh katakan,
"Si Kalah yang memberi alasan"

PARA PEMAIN,
SEMUA RAKYAT PERCAYA PADA ANDA SEMUA!
INSYAALLAH.