Saturday, February 27, 2010

Himpunan kisah resah gelisah

Salam sejahtera dan salam perpaduan
Masih tak dapat lagi untuk aku terima apa itu “salam satu Malaysia”
Slogan yang dibawa oleh perdana menteri kita sekarang ini
Oh,walaubagaimanapon, itu tidak ada kena mengena dengan penulisan aku kali ini.
Penulisan kali ini lebih tertumpu kepada apa yg terjadi pada aku sejak kebelakangan ini..
seblum itu, maaf aku pinta dari saudara terpuji kerana mengabil tajuk blog beliau untuk penulisan aku kali ni.
Mungkin ada yang tahu, dan mungkin yang tidak,
Aku sekarang ini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan ku..
Wow! Bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya..
Tidak tahu mengapa secara tiba2 ,aku ingin mengurangkan berat badan ku, secara drastic pula..
Mungkin alas an kenduri abang ku semakin hamper,menyebab kan aku ingin kelihatan segak dan tampan dihari bersejarah abang ku kelak
Takut nanti baju melayu yang ditempah, tidak muat pula..
Ya,mungkin itu alas an ku paling kukuh boleh aku beri untuk masa ini.
Walaupon ada alasan lain yang tak mungkin aku dedahkan
Oh ya, aku sudah kehilangan 5kg dalm seminggu baru ini.. hahaha
Mari kita ke topic seterusnya,
Pada 27 febuari yang lalu,
Aku berada di cheras dikala aku menulis post aku kali ini.
Sampai di rumah makcik ku, terus ku menuju untuk bertemu dengan nenek ku.
Dan ku lihat nenek ku tidur dengan tubuh tuanya yang tak bermaya, lalu berkata,
“cik, wo sakit kepala ni,..”
Cik adalah nama panggilan untuk ku oleh ahli keluarga, dan “Wo” pula adalah panggilan untuk Nenek bagi asal usul keturunan ku iaitu Kampar Indonesia
Oh, sedih aku mendengar rintihan nenek ku, tetapi harus ku tabah kan hati supaya jangan bersedih
Ya, air mata ku amat murah jika anda mengenali aku, apa saja yang membuat ku sayu, maka bergenang lah air mataku
Entah berapa lama lagi dapat ku bersua dengan Wok u lagi.
Selain dari Jusri Edzwan dan Amirul Afiq, aku juga adalah cucu kesayangan Wo ku
Tiada apa yang aku tak dapat dari nya,
Segala permintaan ku telah dia tunaikan.
Tapi aku, masih tidak dapat memberikan apa2 kepada Wo ku
Yang aku tahu, aku hanya menykitkan hati nya dari dulu hingga kini..
Banyak dosa ku pada Wo ku
“Ya Allah, Kau sihatkan lah tubuh badan nenek ku, dan Kau panjang kanlah umurnya”
Semoga dapat aku tunaikan apa yang di hajati oleh nenek ku kepada ku
Sitam binti Abdullah, aku sayang pada mu..


Tuesday, February 23, 2010

Everything

You're a falling star, you're the get away car.
You're the line in the sand when I go too far.
You're the swimming pool, on an August day.
You're the perfect thing to say.

You're a carousel, you're a wishing well,
You light me up, when you ring my bell.
You're every minute of my everyday.

In this crazy life, and through these crazy times
It's you,that make me sing.
You're every line,
You're every word,
You're everything.

Michael Buble: Everything

My Everything :



Mungkin ini kali pertama aku bercerita tentang ibu ku.
memang beliau segalanya untuk ku
TERIMA KASIH MAK

Sunday, February 21, 2010

The Owner of Lonely Heart

salam di ucapkan kepada dunia
nampak nya aku seperti tidak mahu berhenti dari menulis blog skrg ni
betol kata khaidhir, ia seperti satu "addiction" untuk aku sekarang ni
apa bakal aku tulis untuk penulisan ku kali ini ya?
sebelum terlupa, izin kan aku menggunakan title kau wahai firdzus kerana aku rasakan title kau amat bersesuaian dengan aku untuk ketika ini
"the owner of lonely heart"
oh,mungkin aku terlalu mentah untuk bicara tentang cinta,
tapi apa salahnya jika ingin berkongsi ?
tak dapat untuk aku sangkal, bila hati ini tidak berpenghuni,
sangat sunyi rasanya..
mungkin apa yang berlaku pada aku barangkali ingin mengajar ku untuk menjadi lebih matang pada masa akan datang
(agak jiwang dan meleret penulisan ku kali ini)
syukur ke hadirat Ilahi kerana mengurniakan ku Sahabat dan Keluarga ketika aku dalam kesunyian ini.

bagaimana agaknya perasaan cinta itu?
itu sahaja yang masih bermain dalam fikiran ku untuk ketika ini
mungkin kerana sifat ku yang cepat berubah hati, dan tidak tetap pendirian membuat kan aku jadi begini

di sini ingin aku berterima kasih kepada sesiapa yang pernah singgah di hati ku ini,
begitu bermakna sekali buat aku
terima kasih juga kerana menganggap aku adalah "seseorang" di hati kamu
dari anak polis, sehingga adik kepada seorang artis, dan juga anak pahang berjiwa sarawak,
terima kasih aku ucapkan kepada anda semua
maaf atas semua kesilapan yang telah aku lakukan kepada anda semua

mari kita lupakan segala kisah2 lama dan mulakan cerita yang baru
semoga aku menjadi seorang yang lebih baik dari aku yang sebelumnya

sampai disini dahulu
(tak tahu kenapa agak meleret penulisan aku kali ini)

putih gebu idaman ku

sudah agak lama aku perhatikan kau..
tiap kali terlihat kau,
kau buat aku tak tenang,
entah kenapa, mungkin perasaan cinta sudah terbit dari hati ku..
rambut hitam mu yang mengurai, pasti mencairkan hati setiap "player" yang ada di luar sana..
kulit mu yang putih gebu menambahkan lagi seri yang ada pada dirimu..
dgn hiasan keemasan, lagi menampakkan ke jelitaan mu
oh tuhan, bila agak nya dapat ku memiliki dirimu wahai......