Thursday, December 16, 2010

Tanah Tumpahnya Darah ku

Salam..
semalam, (15/12/10), aku telah pergi ke stadium nasional bukit jalil untuk menyaksikan perlawan bola sepak antara Malaysia menentang Vietnam.
apa yang aku dapat cakap, aku puas!
dan bila kat stadium jugak, aku dapat lihat, semua rakyat Malaysia bersatu!
cukup untuk membangga kan..
tidak pernah aku berpelukan dengan kaum India, hingga lah semalam aku berpeluk dgn lelaki India kerana terlalu gembira meraikan gol gol yang di jaring kan.
saat itu, memang segala masalah, demam, dan apa saja yang menimpa ku, telah aku tolak ketepi.
tidak pernah aku rasa segembira itu. jujur!
tahniah aku ucapkan kepada skuad negara.
semoga prestasi seperti semalam di kekal kan
jarang sekali aku memuji skuad Malaysia, tapi kali ini, mereka memang layak di puji, ya, walaupon ia baru perlawanan pertama. tapi Alhamdulillah,mereka masih menang.
ok, sekadar untuk berkongsi kegembiraan ku.
Selamat Semuanya..