Saturday, February 20, 2010

Terima Kasih

salam ku ucapkan kepada dunia yang kian panas tika ini..
ku masih tidak faham atas alasan apa ku memilih tajuk diatas untuk dijadikan post terbaru aku..
oh!!
baru ku sedar yg ku telah mempunyai "follower"!!
TERIMA KASIH di ucapkan..
tidak disangka nukilan "sampah" ku ini ada juga yang ingin mengikuti..
terima kasih di ucapkan sekali lagi.
agak penat ketika ini akibat daripada pemanduan tanpa henti yang di lakukan dari pahang hinggalah ke shah alam ini..
TERIMA KASIH juga di ucapkan kepada mak dan papa atas berkat doa,
akhirnya anak yg selalu menghampakan mereka ini sampai ke destinasi..
SYUKUR ALHAMDULILLAH..

mungkin kepenatan yang datang ini membuat kan otak ku agak susah untuk memikirkan idea
tak sangka tajuk diatas ada juga isinya.. ahah..
mungkin sampai disini sahaja,
sampai bertemu lagi

Friday, February 19, 2010

bila mata memerhati

salam saya ucapkan kepada semua
ini adalah blog personal saya untuk kali pertamanya.
setelah sekian lama melihat rakan2 "blogging",
akhirnya telah ku putuskan untuk menerbitkan blog ku sendiri..
masih lagi tidak jelas kearah apa akan ku tuju blog ku ini..
banyak telah ku lihat,
dari "bila jari berbicara", sehingga "the owner of lonely heart", dan juga "saudara yang terpuji"
masing2 punya cerita masing2.
ketika ini baru lah aku terasa akan "excited" nya untuk "blogging"
mungkin akan ku cerita kan kisah2 ku, mungkin pada orang lain, dan apa sahaja lah..
kerana aku orang yang cetek ilmunya, dan jika ingin berbicara tentang perkara2 yang memerlukan otak untuk berfikir, barangkali malu juga akan ku terima.

mungkin kisah yang berlaku pada ku tempoh hari boleh di jadikan topik untuk post ku yang pertama ini.

aku masih tidak faham tentang sifat manusia yang selalu iri hati, atau lebih kasar iaitu DENGKI
tidak boleh melihat kesenangan yang di kecapi oleh orang lain
sanggup lakukan apa saja asal kesenangan di miliki oleh mereka
bapa ku salah seorang mangsa kepada sikap2 keji seperti ini..
mungkin dengki ni sifat manusia yang tak dapat di kikis,mungkin sampai bila2
haha,mungkin itu saja yang dapat aku kongsikan,
mungkin agak membosankan,
tetapi mungkin ada pengajaran kepada sesiapa yang bakal membaca,
setiap perbuatan da pembalasan nya
kepada mereka yang menganiaya keluarga,
semoga bersedia dengan balasan yang bakal anda hadapi

sampai disini sahaja
sampai bertemu lagi.