Thursday, June 9, 2011

Salam Rindu

FuuuuhHH!! fuuuuhhhh!!!
*tiup habuk yang ada kat blog saya,seperti mana yang di beritahu oleh Cik "Buah Hati" saya..
selepas terjebak dalam dunia cinta ni,
blog yang jadi peneman dahulu nya, telah di lupakan sama sekali
maafkan saya cik Blog.. kerana melupakan awak..
dan hanya akan mencari awak bila awak betul2 memerlukan.
memang itu perangai manusia kot, cepat lupakan sesuatu.
banyak sangat benda dah berlaku sekarang ni.
xtau nak cakap banyak camna ni.
daripada kelab kesayangan, keluarga, kawan2, dan juga buah hati.
bercakap mengenai buah hati, beliau sekarang sudah pun bekerja,
di Bank Muamalat di cawangan negeri beliau..
saya jugak yang terkontang kanting, masih x abes belajar.
agak malu jugak dengan semua.. Family,rakan2, malah saya turut malu dengan buah hati saya..
tapi saya tetap bersyukur kerana mempunyai mereka yg "support" saya dari belakang..
Mak,Papa,Adik2,abg iwan, dan juga cik Buah hati saya
saya masih lagi tidak dapat me "reveal" kan nama buah hati atas permintaan beliau sendiri.
terima kasih kepada anda kerana menerima saya seadanya
kepada papa, cik masih ingat kata2 papa: "i am proud of you son"
pada masa tu papa menangis sambil membisikan kata itu pada saya
kalau boleh saya berkata, mungkin ini saya akan kata kan
"i am sorry papa, i'm not the son that made u proud enough"
*xtau la betul ke tak ayat saya ni.. kalau papa baca, papa tau la betul ke tak..
but i'll try to change.. for mak n papa, adik beradik, dan juga cik Buah Hati saya..
i hope all of you not losing faith on me.
sigh..
adik saya erna pernah bagitahu, bila ber "couple",dan salah seorang dari mereka telah bekerja,
mungkin ada masalah yang berlaku. saya tak berapa pasti apa maksud nya,
tapi saya rasa saya mengalaminya sekarang.
saya tidak tahu sama ada ia benar atau tidak, tetapi saya sekarang sedang cuba menghadapi dengan kesabaran beserta senyuman
teringat juga saya pada kata2 Encik Saudara Terpuji,
"kalau boleh, elakkan bergaduh. kalau boleh bersabar, teruskan lah"
insyaAllah,saya akan cuba. terima kasih Saudara ku..
kalau nak di ikutkan, segala apa kehendak cik buah hati tu saya nak penuhi..
ya,Tuhan dah tentukan, mungkin lambat lagi rezeki saya untuk memberikan kepadanya
apa yang boleh saya buat, Berdoa supaya segalanya akan baik saja,dan semoga jodoh itu di panjangkan..
*memang itulah harapan aku.
semoga awak terus sabar,wahai cik Buah Hati.
terima kasih kerana hadir dalam kamus hidup saya..
*dah macam lirik lagu dah statement diatas

cik Buah Hati mengajar saya untuk berterima kasih kepada semua.
dan di sini saya ingin mengucapkan Terima Kasih kepada anda yang menyayangi saya, menghargai saya, yang membaca blog saya, dan lain2 lagi..

Sekian..

Tuesday, April 5, 2011

KOP


SALAM

LAMA JUGAK TAK CERITA2 NI

KALI NI AKAN KU BICARA TENTANG KELAB KESAYANGAN KU LIVERPOOL

ROY ADA CAKAP: “KAU BUKAN MINAT LIVERPOOL PON! DAH LA TAK LOYAL!”

TAPI X KESAH LA APA ROY NAK CAKAP.

TAPI APA YANG AKU DAPAT CAKAP, LIVERPOOL SEMEMANGNYA ADA SEJARAH NYA TERSENDIRI

YA BETUL, MUNGKIN AKU TERLEPAS ZAMAN2 KEGEMILANGAN LIVERPOOL KETIKA ERA DALGLISH,IAN RUSH, SOUNESS, DAN KEEGAN. TAPI DENGAN BIMBINGAN DAN SEDIKIT KAJIAN, AKU SEDIKIT SEBANYAK MENGETAHUI TENTANG MEREKA2 ITU. DAN MENAIKAN LAGI SEMANGAT AKU TERHADAP “THE KOP”@ “THE REDS” .

JIKA DI BERI PELUANG UNTUK MENG”LIST”KAN PEMAIN2 UNTUK BERMAIN DI DALAM “DREAM TEAM” LIVERPOOL, MUNGKIN INI YANG AKU SENARAIKAN:

*berdasarkan pemain2 dizaman aku je la kan..


TAPI APA YANG AKU BOLEH CAKAP, LIVERPOOL SEMEMANGNYA KETANDUSAN PEMAIN DI SEBELAH KIRI SAYAP. SEPANJANG PEMERHATIAN KU, MEMANG TIADA PEMAIN YANG DAPAT MENGISI KEKOSONGAN TEMPAT TERSEBUT, JADI BAGI KU HARRY KEWELL SAHAJA YANG MUNGKIN TERBAIK DI ANTARA YANG LAIN.
MUNGKIN ITU SAJA YANG DAPAT AKU CERITA.
BOSAN JUGAK LA APA YANG AKU POST NI, TAPI TAK MENGAPA LA


Friday, March 4, 2011

2 Hati yang Berjauhan

kesian betul gua tengok si Adiputra,
lama betul dia tak jumpa Maya Karin dia,
outstation lama sangat ni,
nak pegi balik buat pilihanray kecil la,
itu la, ini la,
kesian Maya Karin
mesti malam2 dia selalu nanges,
selalu pikir macam2,
moga2 baik jela perangai Adiputra tu..
semoga semuanya baik2 saja

Wednesday, March 2, 2011

143


I think about you constantly,
whether it's with my mind
or my heart.


Thursday, February 24, 2011

Sekarang macam mana ni??

aku betul tak faham la sekarang ni
kalau dulu pasukan Malaysia kalah, kutuk memang kau2 mereka bagi
sekarang ni, dah menang2 pun, masih lagi nak kutuk lagi?
sekarang apa macam ni??!!
pandai sangat bermain? pergi main di tempat mereka..
pandai sangat mengurus? pegi ganti tempat individu tersebut..
mungkin dah jadi lumrah bagi dunia bola sepak Malaysia..

Monday, February 21, 2011

xde la kan..

xde la nak beriya iya sangat dengan dunia blog ni..
tapi bila tengok orang duk "shout" kat tepi blog ni,
rasa cam teruja pula..
walaupon dunia blog ni dah lama kan..
terpaksa la telan balik kata2 ku kepada kawan ku, Baihaq...i
cisss! sungguh la perasaan ini..

Sunday, February 20, 2011

Fiuhh...

cerita bermula pada hari sabtu,
mula aku menulis ini adalah pada hari ahad
bangun pagi, jiwa sudah kacau, 2,3 hari meroyan
dengan jiwa yang kacau, terus bergegas ke destinasi yang aku ingin pergi untuk membeli sesisir pisang
lebih kurang 1.30 pm, selepas makan di restoran ayam kampung sect 7, shah alam ,
terus menuju ke destinasi
lebih kurang 2.30, sampai dan terus ternampak gerai menjual buah..

adiputra :"bang, pisang ni boleh buat cekodok?"
usahawan melayu :"oh..boleh2..nak berapa ni?"
adiputra :*sambil memegang setandan pisang "berapa ni bang??"
usahawan melayu :"uih! ni ha ada yang dah siap potong ni.."
adiputra :*sengeh2 cover malu "ermm..brapa ni bang??"
usahawan melayu : ketak2, ketuk2, *menekan kalkulator.. "rm 3.00 dik"

terus la amek duit dan bayar, dan terus menuju ke destinasi sebenar.

adiputra : ASSALAMUALAIKUM!! pak cik apakabar pakcik??
ayah Mayakarin :hoh!!dari mana kau ni?
adiputra :Maya ada x pakcik?? *seperti biasa, aku memang x manjawab soalan yang ajukan
ayah mayakarin :ada tu, pegi la masuk.. *gua dah dapat lesen besar skrg, xpayah malu2 mintak izin masuk umah..
adiputra : ASSALAMUALAIKUM!
mak Mayakarin : WAALAIKUMSALAM.... WAHAHAHAHA!!!
adiputra *senyum2 macho gitu sebab suprise yang berjaya..
adiputra : saya nak makan cekodok, tapi xda orang nak buat kan..
MAYAKARIN *muka excited campur terkejut.
mak Mayakarin : "nah amek pisang ni pegi buat cekodok.

rupa2 pisang yang ku beli tu tak sesuai nak buat cekodok. konon2 nak tunjuk la pandai membeli,
jap lagi cebe*
ada patot beli pisang org nak goreng buat jadi cekodok..
binawe punya brader.. ingatkan dia tahu..

ok, sampai sini je cerita, yang lain tu xleh bagitau
adiputra dengan mayakarin punya cerita
xleh heboh2..
yang penting, Adiputra sayang dan cintakan Maya Karin
*tingg!!! seri innershine la tu..
ok,semoga semua akan baik2 saja


*cebe= malu, jika anda rujuk kamus bahasa temerloh

Saturday, February 19, 2011

Hati Ini

al kisah kepada kisah itu
ingin ku sampai kan disini
di hati ku cuma ada seorang yang bertakhta, iaitu KAMU
yaaa... KAMU seorang saja.
tiada yang lain.
mungkin keputusan yang kurang bernas menyebabkan ini terjadi
seribu kemaafan ku pinta
dengan harapan senyuman manis mu kembali seperti biasa
mungkin agak klishay* ayat ku ni, semua orang tidak lari dari kesilapan
jadi, maafkan diri ku yang serba kekurangan
ingin ku tunai kan janji ku itu padamu
tolonglah, aku mohon , jangan lah kamu berubah hati dan perasaan mu itu

Thursday, February 17, 2011

Bila Hati Resah Gelisah

si penipu memang banyak alasan
tapi macam mana kalau orang itu menipu untuk jaga hati seseorang?
adakah itu satu tindakan yang salah?
orang boleh cakap, "dah biasa menipu,dia buat alasan la tu cakap "nak jaga hati".."
tapi macam mana kalau benda tu memang betul?
itu la jadi kat aku sekarang
bukan la aku seorang penipu, tapi tindakan aku seperti seorang penipu
apa agaknya yang harus aku buat? haih..
mengeluh lagi nampak nya, itu saja lah yang termampu
doa dan harapan saja yang boleh buat marah dan sakit hati itu reda,
dan percaya itu tidak luput di mamah benci
aku berharap agar semua akan baik baik semula.

Wednesday, February 16, 2011

Bila sudah Kemaruk

Sekarang ni asyik buat silap je

Nak anta kat orang lain, jap lagi orang lain jugak yang dapat

Aduhai aduhai

Kemaruk sangat agaknya

Maklum la outstation

Lagi sebulan la Nampak gayanya

Sekarang ni hanya boleh menatap gambar di meja kamar je la

Semoga semuanya selamat dan baik baik saja

Sekarang ni nak dengar lagu Indon

Sebab style lagu asyik nak rindu2 je

Monday, February 14, 2011

Jaga Dirimu

Oh kenapa begitu rindu?

Mengapa perlu berjauhan?

Memang tiada apa yang aku mampu lakukan jika ini berlaku

Cuma doaku yang sentiasa mengiringi

Jangan bersedih, kerana aku sentiasa ada.

Jaga dirimu

Saturday, January 22, 2011

Sinetron

Salam Semua nya
apa khabar kalian disana?
nak cakap indon pulak kan.
bila weekend2 camni, cam biasa la,
tengok sinetron2 indonesia la kat tv
bukan la aku mengikuti setiap siri,
cuma aku tiada cerita mahu di tonton

bila tengok2 cerita2 indon ni,
banyak jugak la yang aku perasan
semua jalan cerita agak sama.
jika ada yang perasan,
setiap cerita, tidak kisah kisah tentang cinta atau agama,
pasti ada 1 watak antagonis
DENGKI itu sudah tentu ada pada mereka
memporak perandakan kehidupan orang lain juga salah satu kemestian
bukan aku mahu kata yg siri2 drama Malaysia tiada cerita seperti mereka,
tetapi apa yang aku mahu katakan, memang itu sahaja jalan cerita yang akan mereka buat
*sepanjang pemerhatian aku lah
apa yang aku nampak pula,sikap2 yang aku sebut tadi memang ada dalam diri mereka

lihat saja apa yang berlaku dalam realiti dunia sekarang?
tidak habis dengki mereka,
tidak habis buruk sangka mereka kepada kita
mungkin kat sini pon kita boleh tengok agaknya
mungkin ini boleh di jadikan iktibar kepada kita supaya tidak jadi seperti mereka
cukup lah untuk sekarang,
aku mahu berfikir lebih lagi sebelum aku berkata kata disini lepas ni.
Semoga Semuanya Baik baik sahaja. Amin

Monday, January 17, 2011

Takziah

Assalamualaikum aku ucapkan

Mungkin aku sedikit emosi ketika ini

Salam takziah aku ucapkan kepada keluarga Mok De ku,

Yang kehilangan seorang ahli keluarga mereka pada 12/1/2011,

Kak Memie Fazura atau lebih di kenali dengan kak mimi dalam keluarga kami

Sungguh tidak ku sangka kerana semuanya berlaku dengan pantas

Arwah baru saja melahirkan anak kedua beliau, 4 hari sebelum ajal datang menjemput beliau

Pernah aku mendengar, jika seorang ibu melahirkan anak, maka terhapuslah segala dosanya

Jika benar tentang perkara ini, Ya Allah, kau ampunilah dosa Arwah, dan tempatkan beliau di golongan orang yang beriman. Amin .

Kepada Mok De, salam Takziah aku ucapkan. Aku juga terasa akan kehilangan beliau

Monday, January 10, 2011

TAKOT

apa yang aku takot?
"KEHILANGAN"
itu lah dia
So,
Please Stay..

Sunday, January 9, 2011

Senyum

sekarang ni, gua asyik nak senyummmmm je..
bawak keta sorang nak senyum,
buat keja senyum,
main game senyum,
asik nak senyum je la kan..
hati senang gamaknya..
lama betul tak gembira macam ni kan..
dah penat sedih2, baik gua happy je..
terima kasih kerana buatkan saya kembali tersenyum
Semoga Semua baik baik saja selepas ini
insyaAllah.

Friday, January 7, 2011

Harapan

Harapan Agar semuanya baik baik saja

Sunday, January 2, 2011

2011?

2011??
apa nak jadi dengan tahun baru ni??
- kunci kereta hilang
-kereta kemik akibat dari perbuatan orang lain
-bergaduh pulak dengan sedara sendiri
-kena provoke dengan roy ( sentiment general banking)

seronok gua tgk org2 dengan azam masing2
apa pulak azam gua?
Oh Fish You!!