Tuesday, December 28, 2010

Persatuan2 di Malaysia

ok, hari ni cukup dengan emosi Perlawanan Akhir Piala AFF dulu
sekarang ni nak cerita sikit tentang persatuan yang ada kat Malaysia ni.
Baru baru ini aku telah meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan rakan rakan diploma ku,
ROY DEALOVA dan FIRDZUS CHAN
destinasi kami, Pavilion Kuala Lumpur.
janji temu seharusnya pada pukul 3.00, tetapi aku sedikit lambat akibat kesesakan kota raya.
sepanjang perjalanan aku menuju ke Pavilion, ketika menunggu rakan2 ku sampai, dan hinggalah aku pulang, bermacam ragam, dan jenis manusia yang aku temui.
jadi aku "label" kan mereka dgn maksud persatuan.
persatuan yang paling kerap aku temui adalah "Persatuan Adam Lambert"
terdiri dari golongan kanak2 dalam lingkungan 12-15 tahun, memakai celak dan berpakaian ala2 ADAM LAMBERT. melihat mereka, membuatkan aku tersenyum sendirian di sana. Adoyai.
tidak ketinggalan, "Persatuan Kanak2 Rayban", yang terdiri daripada kanak2 juga berumur 12-15 tahun, memakai Kacamata Rayban dan berjalan di dalam kawasan Pavilion tersebut.
tiada komen untuk mereka2 ini kerana aku juga tergolong dalam golongan mereka ini. Adoi..
dan yang paling popular , dan menjadi trend dalam semua lapisan masyarakat,
"Skuad Penembak Tepat Nikon"
akibat skuad ini, aku terpaksa melupakan hajat ku untuk menjadi seorang jurukamera Semi-Profesional, atas sebab2 tertentu yang datangnya dari mereka.
tapi apa yang benar2 membuatkan ku marah, apabila melihat, seorang remaja,perempuan, berTudung, dengan jarinya memegang sebatang rokok.
dengan bangganya menghisap rokok dikhalayak ramai.
mungkin perkara ini agak baru untuk aku, tapi apa yang aku lihat, betul2 memalukan
Bertudung, sambil menghisap rokok. itu sangat tidak betul!!
boleh lihat bagaimana impak daripada pengaruh rakan sebaya.adoi...
harap perkara ini tidak berlaku dalam keluarga ku.
ok, emosi mula membuak kala ini.
sampai disini dahulu.

1 comment:

  1. Jeles lah tu!!! Tapi saya mahu join SKUAD PENEMBAK TEPAT NIKON..grrrrr!!

    ReplyDelete