Saturday, September 4, 2010

"KANGEN"

"aku jatuh cinta lagi,
untuk yang tersekian kali,"
bunyi macam orang jatuh cinta balik je
tapi sebenarnya lirik lagu band indon yang kerap di mainkan oleh rakan baik ku buat masa ni.
aku pon tak tau kenapa dia suka sangat lagu ni,
sampai aku pon boleh layan sekali sebab hari hari dengar.
jadi aku datang dengan konklusi aku sendiri yang mana kawan baik aku ni dah di lamun cinta.
tapi bila tanya,
"aku macam ni la, biasa biasa je.."
tak pun,
"mana ada orang suka aku ni,lain la aok"
tu je la ayat biasa keluar bila kami kacau dia
tapi lantak la kau, janji kau bahagia Kawan.

dalam 2, 3minggu ni, aku rasa aku dah boleh dapat gelaran
"DOKTOR"
doktor apa? Doktor cinta ok!!
kerja aku tolong tolong bagi nasihat dalam bab bab cinta ni la apa lagi!
tak tahu la apa yang aku tahu pasal cinta ni, tapi aku cuba juga untuk membantu,
dan setakat ni aku berpuas hati dengan hasil kerja ku!
HAHAHA
tidak banyak, tapi mungkin membantu juga kepada mereka.
tapi siapa lak nak jadi doktor aku?!!
bab itu, tidak mengapa,
biar sahaja aku bersendirian terlebih dahulu
*bunyi macam ayat pasrah
aku nak je letak lagu lagu yang aku suka dengar kat blog aku ni,
Tapi aku tak tahu lah!!!
jadi, biarkan je lah..
biar aku je dengar seorang diri.
MENULIS BLOG DIKALA SUBUH!!
MEMANG AKU TAK PERNAH BUAT SEBELUM NI!!



1 comment: