Monday, March 15, 2010

Gembira

Seronok rasanya bila lihat ramai orang berkumpul di rumah. Jumaat kali ini bakal

menjadi hari bersejarah untuk abang long ku.

Ya! Abang ku akan berkahwin!!

Memang tak ku sangka. Segala cobaan dan dugaan yang berlaku ke atas dia, dan juga

keluarga ku, akhirnya dia Berjaya menamat kan zaman bujang nya. Aku hanya

mengharapkan agar perkahwinan dia kali ini dapat merubah pendirian abang ku. Aku

sangat berharap dia akan menjadi seorang yang lebih bertanggug jawab selepas ini.

Banyak juga yang aku pelajari daripada kisah abang ku. Harap itu juga dapat

menjadikan aku lebih baik dari aku yang sebelumnya. InsyaAllah.

Kepada abang ku, tahniah aku ucapkan, dan maaf juga ku pinta atas kesilapan yang

telah aku lakukan selama ini.. Tahniah aku ucapkan sekali lagi

Monday, March 8, 2010

Ready?

salam dunia ku
agak lama aku tidak berkata kata
kepada 5 pengikut blog aku, harap ini dapat melepaskan rindu anda.
tidak kah kita merasa, yang dunia ini semakin hari semakin tua?
macam macam bencana yang kita dapat lihat berlaku di sana sini.
dari haiti, hingga ke chile, kebelakangan ni asyik gempa sana dan sini
pernah aku terbaca satu Hadith, tapi tidk ku ingat dimana dan bila,
mengata kan bahawa " bila kiamat hampir tiba, banyak gegaran akan berlaku"
adakah kita sudah bersedia?
itu persoalan yang amat susah untuk aku jawab
ya, memang setiap umat islam dijanjikan syurga kelak,
tapi jangan kita lupa dengan sumpah iblis kepada Allah.
Dajjal? yakjud dan makjud?
semuanya sedang berusaha untuk menjatuh dan menyesatkan umat Islam.
ada kah kita bersedia untuk semua ini?
hanya Allah saja yang tahu.
aku sekadar ingin berkongsi

Monday, March 1, 2010

apa sudah jadi?

apa sudah jadi pada ku sekarang?
aku dapat rasakan yang aku bukan lah aku yang dulu.
cuba menjadi sesuatu yang bukan aku.
ini bukan kali pertama..
dan aku tidak suka ini berlaku..
mengapa bila perkara tu datang, aku terus berubah identiti
kerap kali berpura
kerap kali berharap
kerap kali merajuk
kerap kali merapu
kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?
Oh Tuhan yang Maha Mengetahui,
Kau berikan lah aku kekuatan agar dapat aku mengharungi segala rintangan
dan Kau tabahkan lah hati ku.

Sunday, February 28, 2010

Wow!

salam untuk semua
tika aku menulis ini, aku baru saja selesai dari menyertai pertandingan futsal anjuran fakulti bisnes..
aku agak teruja kerana kumpalan ISBA bermain agak bagus walaupon aku tidak memberi sumbangan kepada kumpulan kami
ini adalah pengalaman pertama kali ku dalam menyertai pertandingan futsal
memang aku gugup! tenaga ku hanya diguna untuk baki perlawanan utnuk kumpulan kami
dorongan dari rakan,
jiji, furi, emi, fizi, tom, dan kehadiran kay, membuat kan aku sedikit berani untuk bermain..
oh ya!
aku disapa oleh seseorang yang tidak ku sangka!
hello NURULHAWA HUSSIN!
itulah kali kedua aku bertentang mata dengannya, walaupon dia memakai "shades"
haha, agak goyang aku ketika itu..
apa pun,
ternyata usaha aku berjogging berpuluh pusingan tidak mendatang kan sebarang hasil kepada ku.
hanya sedikit keras di labu betis, itu sahaja
sedang aku duduk sambil menonton rakan2 ku bermain, baru ku sear yg kasut futsal ku telah koyak tapak nya..
maka,
terpaksa lah ku membeli "si putih gebu idaman ku" itu kelak
ternyata banyak lagi usaha perlu aku tingkatkan untuk menjadi seorang yang "fitt"
sampai disini sahaja..
TAHNIAH AKU UCAPKAN KEPADA PASUKAN ISBA "A"!