Friday, December 10, 2010

Doa Sang Puteri

Hello!!

Assalamualaikum saya ucapkan..

Sudah agak lama agaknya aku tidak berkata kata di dalam laman blog aku sendiri.

Mungkin tiba masa untuk aku berkata sesuatu kerana hati ini telah mula merasa kembali.

Ouh!! Itu sangat jiwang.

Tidak mengapa kerna itu aku.

Baru baru ini, aku punya sedikit masa untuk menggodak “hard disk” kepunyaan aku,

Dan ini yang telah aku temui, beberapa rangkap kata yang aku rasa, mungkin berguna untuk aku,

Dan ingin aku berkongsi kepada semua:

Seandainya telah kau catatkan dia milikku...

Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku,

Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi…

Seiringan kami dalam melayari…

Hidup kesepian yang sejahtera…

Tetapi Tuhanku…

Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,

Bawalah dia jauh dari pandanganku…

Luputkan dia dari ingatanku…

Ya Tuhan…Maha Mengerti

Gantikanlah yang telah hilang,

Meskipun tak akan sama dengan dirinya…

Ya Tuhanku…

Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya…

Jika benar cinta itu cinta sejati…maka bebaskan itu.

Jika benar cinta itu suci…ia akan datang dengan sendirinya…

Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi,

Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi…

Jika benar dia dijadikan untukku…

Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…

Tetapi…

Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan

Hapuskanlah perasaanku terhadapnya.

~ AMIN~

~Puteri Zulaikha~

Monday, November 22, 2010

DIARI PRAKTIKAL VERSI HATI MULA MERASA..

SEKARANG GUA DALAM OFFICE..
KERING GILER MANIP BLOG..
HAHAHAHA
ORANG KECOH2 NAK KERJA GUA BARU NAK PRAKTIKAL..
OK, TAKDE HAL LAA

Wednesday, November 10, 2010

Apa aku mahu??

Aku hanya mahu buat keputusan aku sendiri..
tolong fahami aku..
aku dah cukup besar untuk berfikir sendiri..
Aku tahu apa yang terbaik untuk ku..

Tuesday, November 9, 2010

Panjat Panjat Bukit Hari Isnin

sebab aku tgk ramai sgt kawan2 aku buat entry pasal aktiviti kami hari isnin lepas, jadi aku pon tidak terkecuali nak buat entry pasal aktiviti kami tu..
ok, sama seperti roy, aku terlalu memandang rendah kepada BUKIT BROGA
bukit broga sangat menyeramkan bagi orang yang pertama kali mendakinya
kalau nak di ceritakan, memang terlalu panjang,
jadi, biar gambar2 saja yang menerangkan segalanya
( kerana memang itu tujuan entry ini aku buat)
*aku memang x tau nak uplaod gambar dalam blog, sebab tu susunan macam haram






*aku memang gayat..

*sedikit gambar dari sungai tekala