Wednesday, December 29, 2010
ERA BARU BOLA SEPAK MALAYSIA
Tuesday, December 28, 2010
Persatuan2 di Malaysia
sekarang ni nak cerita sikit tentang persatuan yang ada kat Malaysia ni.
Baru baru ini aku telah meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan rakan rakan diploma ku,
ROY DEALOVA dan FIRDZUS CHAN
destinasi kami, Pavilion Kuala Lumpur.
janji temu seharusnya pada pukul 3.00, tetapi aku sedikit lambat akibat kesesakan kota raya.
sepanjang perjalanan aku menuju ke Pavilion, ketika menunggu rakan2 ku sampai, dan hinggalah aku pulang, bermacam ragam, dan jenis manusia yang aku temui.
jadi aku "label" kan mereka dgn maksud persatuan.
persatuan yang paling kerap aku temui adalah "Persatuan Adam Lambert"
terdiri dari golongan kanak2 dalam lingkungan 12-15 tahun, memakai celak dan berpakaian ala2 ADAM LAMBERT. melihat mereka, membuatkan aku tersenyum sendirian di sana. Adoyai.
tidak ketinggalan, "Persatuan Kanak2 Rayban", yang terdiri daripada kanak2 juga berumur 12-15 tahun, memakai Kacamata Rayban dan berjalan di dalam kawasan Pavilion tersebut.
tiada komen untuk mereka2 ini kerana aku juga tergolong dalam golongan mereka ini. Adoi..
dan yang paling popular , dan menjadi trend dalam semua lapisan masyarakat,
"Skuad Penembak Tepat Nikon"
akibat skuad ini, aku terpaksa melupakan hajat ku untuk menjadi seorang jurukamera Semi-Profesional, atas sebab2 tertentu yang datangnya dari mereka.
tapi apa yang benar2 membuatkan ku marah, apabila melihat, seorang remaja,perempuan, berTudung, dengan jarinya memegang sebatang rokok.
dengan bangganya menghisap rokok dikhalayak ramai.
mungkin perkara ini agak baru untuk aku, tapi apa yang aku lihat, betul2 memalukan
Bertudung, sambil menghisap rokok. itu sangat tidak betul!!
boleh lihat bagaimana impak daripada pengaruh rakan sebaya.adoi...
harap perkara ini tidak berlaku dalam keluarga ku.
ok, emosi mula membuak kala ini.
sampai disini dahulu.
Monday, December 27, 2010
LASER?? LOSER JE CAKAP CAMTU
perasaan gembira teramat sangat aku kali ni..
HARIMAU MALAYA mula mengaum!
YAA!!
membaham garuda dengan 3-0 di stadium bukit jalil..
permainan Malaysia yang paling bagus aku pernah lihat..
Serius, aku sedikit tidak gentar dengan serangan2 daripada indonesia dalam perlawanan tersebut.
sememangnya Malaysia beraksi dengan cemerlang pada malam tersebut!
siapa yang menonton sudah tentu tahu bagaimana corak permainan Malaysia
ALHAMDULILLAH..
kemenangan menjadi milik negaraku di stadium mereka sendiri. TAHNIAH!!
InsyaAllah kemenangan berpihak kepada kalian wahai para pemain.
mungkin kata2 ku disini dimakbulkan , dijadikan DOA untuk para pemain.
semoga mereka tidak leka, tidak mudah lupa diri dengan kemenangan kali ini.
masih ada 90 minit lagi untuk di harungi di negara seberang.
pedulikan kontroversi "LASER" itu, dan yang penting, kekalkan rentak kemenangan anda semua di stadium bukarno kelak.
jangan dilupakan DOA ,
dan teruskan usaha. InsyaALLAH.
apa yang aku rasakan, dan perhatikan,
sememangnya gol yang Malaysia peroleh adalah akibat daripada kesilapan pemain Indonesia sendiri, dan bukan lah laser2 yang di pancarkan kearah GOALKEEPER tersebut!
mungkin ayat ku agak "bias", tapi itu hakikatnya, tambahan pula Malaysia bermain dengan baik sekali pada malam tersebut.
tiada alasan "looser used laser" , atau lain2 lagi!
mungkin apa yang aku boleh katakan,
"Si Kalah yang memberi alasan"
PARA PEMAIN,
SEMUA RAKYAT PERCAYA PADA ANDA SEMUA!
INSYAALLAH.
Thursday, December 23, 2010
Habis Sudah..
4 tahun. Aku tak tahu macam mana aku boleh berlakon sepanjang tempoh tu..
Tapi sepanjang tempoh tu, memang aku sengsara. Heh
Apa aku nak cakap,
Terima Kasih Kerana memaafkan aku
Baru sekarang aku rasa lebih gembira
Seperti seseorang yang telah terlepas dari satu “Sumpahan”
Mungkin tiba masa aku untuk jadi lebih serius.
Cukup dengan semua lakonan.
Terima kasih kerana memaafkan aku.
Thursday, December 16, 2010
Tanah Tumpahnya Darah ku
semalam, (15/12/10), aku telah pergi ke stadium nasional bukit jalil untuk menyaksikan perlawan bola sepak antara Malaysia menentang Vietnam.
apa yang aku dapat cakap, aku puas!
dan bila kat stadium jugak, aku dapat lihat, semua rakyat Malaysia bersatu!
cukup untuk membangga kan..
tidak pernah aku berpelukan dengan kaum India, hingga lah semalam aku berpeluk dgn lelaki India kerana terlalu gembira meraikan gol gol yang di jaring kan.
saat itu, memang segala masalah, demam, dan apa saja yang menimpa ku, telah aku tolak ketepi.
tidak pernah aku rasa segembira itu. jujur!
tahniah aku ucapkan kepada skuad negara.
semoga prestasi seperti semalam di kekal kan
jarang sekali aku memuji skuad Malaysia, tapi kali ini, mereka memang layak di puji, ya, walaupon ia baru perlawanan pertama. tapi Alhamdulillah,mereka masih menang.
ok, sekadar untuk berkongsi kegembiraan ku.
Selamat Semuanya..
Friday, December 10, 2010
Kau Main Hati
Salam ku utuskan untuk semua
Aku kembali dengan artikel2 yang telah aku temui di dalam cakera keras ku
Seperti biasa, akan ku kongsi kan, jika ada yang sudi membaca nya
Apa yang aku kongsi ini, mungkin berguna kepada aku, dan sesiapa sahaja yang mungkin,pernah, dan bakal mengalaminya. Seperti biasa, iainya tentang HATI(Jiwang Tahap VAVI)
HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.
~Unknown Author~
Sedikit Info untuk Mereka
Khas untuk wanita yang telah berumahtangga dan bakal mendirikan rumah tangga.. (yang pasti untuk diriku juga)
Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
Lelaki
Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki
Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! ( yang ini gua no komen)
Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:) (yang ini gua sangat setuju)
Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah! (mungkin laa)
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!
Doa Sang Puteri
Hello!!
Assalamualaikum saya ucapkan..
Sudah agak lama agaknya aku tidak berkata kata di dalam laman blog aku sendiri.
Mungkin tiba masa untuk aku berkata sesuatu kerana hati ini telah mula merasa kembali.
Ouh!! Itu sangat jiwang.
Tidak mengapa kerna itu aku.
Baru baru ini, aku punya sedikit masa untuk menggodak “hard disk” kepunyaan aku,
Dan ini yang telah aku temui, beberapa rangkap kata yang aku rasa, mungkin berguna untuk aku,
Dan ingin aku berkongsi kepada semua:
Seandainya telah kau catatkan dia milikku...
Tercipta buatku, dekatkan dia padaku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi…
Seiringan kami dalam melayari…
Hidup kesepian yang sejahtera…
Tetapi Tuhanku…
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkan dia dari ingatanku…
Ya Tuhan…Maha Mengerti
Gantikanlah yang telah hilang,
Meskipun tak akan sama dengan dirinya…
Ya Tuhanku…
Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya…
Jika benar cinta itu cinta sejati…maka bebaskan itu.
Jika benar cinta itu suci…ia akan datang dengan sendirinya…
Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi,
Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi…
Jika benar dia dijadikan untukku…
Maka rapatkanlah hubunganku dengannya…
Tetapi…
Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan
Hapuskanlah perasaanku terhadapnya.
~ AMIN~
~Puteri Zulaikha~
Monday, November 22, 2010
DIARI PRAKTIKAL VERSI HATI MULA MERASA..
KERING GILER MANIP BLOG..
HAHAHAHA
ORANG KECOH2 NAK KERJA GUA BARU NAK PRAKTIKAL..
OK, TAKDE HAL LAA
Wednesday, November 10, 2010
Apa aku mahu??
Tuesday, November 9, 2010
Panjat Panjat Bukit Hari Isnin
Saturday, November 6, 2010
Saya dah bosan..
Tuesday, October 19, 2010
Mungkin
Monday, October 18, 2010
Saya Hanya Mahu Gembira
Tuesday, October 12, 2010
Sedikit Kata2 untuk aku
Monday, October 11, 2010
Sadar@Sedar
Thursday, September 30, 2010
Papa
Sunday, September 26, 2010
Wednesday, September 22, 2010
HAPPY BIRTHDAY ADIK!
Tuesday, September 21, 2010
Nasi Ayam Penyet
Sunday, September 19, 2010
Selamat HAri Raya
Monday, September 6, 2010
Saturday, September 4, 2010
........
"KANGEN"
Thursday, September 2, 2010
RAMBUT
Saturday, August 28, 2010
BIAR BETIK!!
Friday, August 27, 2010
Tuesday, August 24, 2010
HAI
Monday, June 28, 2010
HELLO APA KHABAR..
lama nya tidak berbicara.
penat betul aku rasa minggu ini.
seminar itu betul2 memenatkan..
baru2 ini ku lihat rakan ku happy kerana mendirikan rumah tangga..
TAHNIAH SA'AT DAN ANIS..
AKU DOAKAN KEBAHAGIAAN KAMU BERDUA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT
mari kita mula dengan seminar aku pula..
akademi etiqa, itulah tempatnya..
banyak juga telah ku pelajari..
itu tidak penting,
yang ingin ku katakan adalah tentang seorang gadis yang ku temu di dalam seminar itu..
ya.. kalau tidak silap NORZILA namanya..
hmm..
boleh aku katakan, cukup manis untuk membuat hatiku terpikat.
lemah lembut orang nya, berlesung pipit, putih kemerahan.
ya, cukup dengan pujian.
bukan aku seorrang yang menaruh hati, ada juga yang lain sedang menaruh hati pada mu norzila.. jauh lebih kacak, jauh lebih bergaya dari ku..
dan itu membuat kan aku sedikit terkilan dengan diriku..
walaubagaimanapun, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama ku, yang mana saat itulah yang di idamkan oleh lelaki2 lain itu.
cukup untuk membuatkan ku tersenyum dikala ku kesunyian.
minggu ini adalah minggu terakhir kami di akademi.
bila agaknya akan bertemu kau lagi?
tak mengapa lah.
mungkin kita akan bertemu lagi..
Monday, June 21, 2010
Bermula Satu Kisah
yaa.. Kuala Lumpur..
dengan tujuan ingin menimba sesuatu yang baru..
bagaimana perjalanan ku selama 2 minggu ini??
aku suddah mula rasa bosan!
semua entah kemana..
kawan2? keluarga? Fadzilah ramli? adik?
jauh sekali mereka dari ku ketika ini..
hanya komputer bimbit sebagai peneman dikala bosan..
semoga aku dapat menempuh hari2 yang bosan dalam 2 minggu ini.
Saturday, June 19, 2010
HAPPY BIRTDAY TO ME!
SELAMAT HARI LAHIR UNTUK KU!!
HARAPAN UNTUK CELEBRATE BIRTHDAY BERSAMA DIA TIDAK TERCAPAI..
Sunday, June 13, 2010
Aizat rosdi..
Tidak ku sangka akan malang yang menimpa..
Tidak ku sangka kejadian itu terjadi pada teman rapat ku..
Pernah juga aku terfikir yang, aku dan orang orang terdekat ku kebal.
Maksud kebal ku disini, tiada perkara buruk yang berlaku pada kami..
Tapi ternyata ia tidak tepat..
Jika Allah kata itu, itulah ia..
Itu yang terjadi pada teman ku aizat.. dan sampai kini aku masih tidak percaya..
Semoga tiada perkara yang buruk terjadi pada rakan, dan orang yang aku sayangi..
“Kau lindungi lah kami semua YA ALLAH”
“Kau panjang kan lah umur kami, dan Kau sihat kan lah tubuh badan kami”
KEPADA SAHABAT KU MOHD AIZAT BIN ROSDI
AKU HARAP KAU SABAR MENGHADAPI DUGAAN YANG DATANG KEPADA KAU..
Saturday, June 12, 2010
Tak Kan Pernah
Itu lah yang berlaku pada aku ketika ini..
Sesal aku mengatakan kawan ku sendiri,
Dan sekarang ini yang berlaku pada ku.
Tapi, apa lah khabar beliau ketika ini?
Sungguh aku merinduinya.
Kenapa aku jadi sangat takut untuk melafazkan apa yang terbuku di hati ku ini?
Aku tidak tahu kenapa.
Hanya Tuhan yang tahu..
Jika berkesempatan, aku mahu dia tahu,
Yang aku tak pernah berhenti berfikir tentang dia, dan berhenti dari menyayangi dia.
Monday, June 7, 2010
What Happen to you?
apa agaknya dah berlaku pada awak?
tidak seperti yang ku kenali?
sudah cukup ku kenali?
mungkin cukup bagi aku..
Wednesday, May 26, 2010
Ku Di Antara Kalian
Namun kusadari ku diantara kalian
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi
Ku akui ku sangat sangat mengharapkan mu
Tapi kini ku sadar ku tak akan bisa
Aku tak mengerti ini semua harus terjadi
Aku bukan siapa siapa untukmu
Ku cintaimu tak berarti bahwa
ku harus milikimu slamanya
Monday, May 24, 2010
Bila mulut Diam
ya, bosan dengan keadaan sekeliling membuat kan jari ku berbicara kembali.
telah banyak perkara yang berlaku didepan ku. Terlampau banyak..
dan boleh dikatakan, semua itu membuat kan aku hilang semangat. tiada satu yang memberi semangat.
perjalanan ku untuk menguruskan badan? masih lagi terkandas. dek sebok bekerja seharian,shingga tiada masa untuk ku bersenam.
bagaimana janji ku pada Idir dan Bijat? aku xmahu dipandang rendah lagi oleh mereka.
semua janji ku pada mereka tak pernah aku tunaikan.
jujur aku sangat kecewa pada diriku sendiri.
cukup dengan kisah kurus badan ku, akan ku cuba tunaikan janji ku.
ehm, bermula pula kisah kerja ku di kala cuti ini.
Cuti? ya, orang lain sudah mulakan kan praktikal, aku masih bercuti..
HAMPA HATIKU.
betul cakap mak, memang susah cari rezeki
baru kini aku betul2 merasakan apa itu "mencari rezeki"
baru kini ku tahu bagaimana susah mak dan papa mencari rezeki untuk kami 5 beradik hidup sempurna.
aku sangat berharap ini dapat mengajar ku erti susah kelak
supaya aku dapat beringat ingat
INTAN KHAIRANI KHALID.
siapa beliau?
beliau rakan ku gelarkan adik kerana nama intan miliknya yang sama seperti adik bongsu ku intan.
perkenalan kami tidak lama,tetapi aku tak tahu kenapa, kami bagaikan rakan yang bertahun lamanya berkawan(apa yg aku rasa)
Adik lah satu2 nya kawan tempat aku berborak, meluahkan perasaan, bergurau senda, dan byk lagi.
disaat aku perlu teman bicara, adik ada disitu,
aku sangat hargai itu.
"adik, terima kasih atas segala nasihat kau!"
AHMAD SYAFIQ
ya, itulah nama aku,
setahu aku, nama SYAFIQ ku membawa maksud penyayang.
adakah aku penyayang?
aku tak dapat menyatakan sendiri, hanya orang lain yang boleh menilai diriku ini.
apa yang aku tau, dan mahu,
aku cuma mahu orang senang dengan aku.
walaupun aku serba kekurangan,
aku mahu orang mengingati aku dengan apa yang aku lakukan kepada mereka.
kadang kala, itu juga mendatangkan salah faham kepada orang lain.
tidak mengapa bagiku, kerana memang itu lah asam garam kehidupan.
tidak semua manusia sempurna.
Kita kena terima kenyataan itu.
sampai disini dahulu/..
Tuesday, May 18, 2010
Bismillah..
jika benar apa yang berlaku di depan mataku,
maka Kau perkenankan lah doa ku Ya Allah.
Kau permudahkan lah segala urusan ku Ya Allah.
Amin..
Monday, May 10, 2010
KEMANA MENGHILANG
masalah keluarga
masalah diri
masalah dengan rakan
dan masalah masalah lain buat aku jadi begini
tiada tempat untuk mengadu,
tiada tempat untuk bermanja,
Kau tabahkan hatiku Tuhan
Sunday, May 9, 2010
SAMPAI HATI
aku sangat terkilan dengan tindakan kau kawan
itu sajalah kenangan yang dapat aku bagi untuk kau mengingati aku
itu saja yang termampu
tapi kenapa kau pulangkan ?
kenapa? kenapa? kenapa?
Saturday, May 8, 2010
Seperti Biasa
memang hati aku tak senang.
"confused" "indifferent" memang ada la dalam kepala dan hati ini
kali ini memang aku nak cerita pasal cinta lagi
aku tak tahu siapa yang pergi bawa lari rasa sayang aku ni.
memang sangat susah aku nak sayang orang sekarang ni
tak macam dulu. sangat cepat percaya dan sayang kat orang
tolong la kembalikan rasa sayang tu pada aku,
tak sanggup hidup macam ni lagi
aku dah tak boleh tipu orang lain lagi.
oh tidak!!
aku tak sanggup..!!
Sunday, May 2, 2010
Soft as breath upon my skin
I feel you come back again
And it's like you haven't been
Gone a moment from my side
Like the tears were never cried
Like the hands of time are holding you and me
And with all my heart
I'm sure we're closer than we ever were
I don't have to hear or see
I've got all the proof I need
There are more than angels watching over me
I believe
Saturday, April 24, 2010
HATI INI TERASA
diharap kalian sehat sejahtera.
aku dilanda bermacam musibah tika ini
aku nak bagitahu
aku sangat merindui Fadzilah Ramli
Tak tau kenapa susah sangat aku nak lupakan dia.
tolong aku Tuhan!
Always came in my dream! thats why..
and i dont know why!
tolong bagi aku ketenangan.!!
bukan aku cuba untuk curang,tapi inilah kenyataan
Ya Allah tolong hamba mu ini..
berikan aku petunjuk
Monday, April 5, 2010
Yang Aku Rindu
2. AHMAD TAMIZI BIN ABDUL KADIR JAILANI
3. SITAM BINTI ABDULLAH
4. IMRAN TAUFIQ BIN AHMAD NIZAM
5. SARA AREANA BINTI JUSRI EDZWAN
6. NUR FADZILAH BINTI RAMLI
Monday, March 15, 2010
Gembira
menjadi hari bersejarah untuk abang long ku.
Ya! Abang ku akan berkahwin!!
Memang tak ku sangka. Segala cobaan dan dugaan yang berlaku ke atas dia, dan juga
keluarga ku, akhirnya dia Berjaya menamat kan zaman bujang nya. Aku hanya
mengharapkan agar perkahwinan dia kali ini dapat merubah pendirian abang ku. Aku
sangat berharap dia akan menjadi seorang yang lebih bertanggug jawab selepas ini.
Banyak juga yang aku pelajari daripada kisah abang ku. Harap itu juga dapat
menjadikan aku lebih baik dari aku yang sebelumnya. InsyaAllah.
Kepada abang ku, tahniah aku ucapkan, dan maaf juga ku pinta atas kesilapan yang
telah aku lakukan selama ini.. Tahniah aku ucapkan sekali lagi
Monday, March 8, 2010
Ready?
agak lama aku tidak berkata kata
kepada 5 pengikut blog aku, harap ini dapat melepaskan rindu anda.
tidak kah kita merasa, yang dunia ini semakin hari semakin tua?
macam macam bencana yang kita dapat lihat berlaku di sana sini.
dari haiti, hingga ke chile, kebelakangan ni asyik gempa sana dan sini
pernah aku terbaca satu Hadith, tapi tidk ku ingat dimana dan bila,
mengata kan bahawa " bila kiamat hampir tiba, banyak gegaran akan berlaku"
adakah kita sudah bersedia?
itu persoalan yang amat susah untuk aku jawab
ya, memang setiap umat islam dijanjikan syurga kelak,
tapi jangan kita lupa dengan sumpah iblis kepada Allah.
Dajjal? yakjud dan makjud?
semuanya sedang berusaha untuk menjatuh dan menyesatkan umat Islam.
ada kah kita bersedia untuk semua ini?
hanya Allah saja yang tahu.
aku sekadar ingin berkongsi
Monday, March 1, 2010
apa sudah jadi?
aku dapat rasakan yang aku bukan lah aku yang dulu.
cuba menjadi sesuatu yang bukan aku.
ini bukan kali pertama..
dan aku tidak suka ini berlaku..
mengapa bila perkara tu datang, aku terus berubah identiti
kerap kali berpura
kerap kali berharap
kerap kali merajuk
kerap kali merapu
kenapa? kenapa? kenapa? dan kenapa?
Oh Tuhan yang Maha Mengetahui,
Kau berikan lah aku kekuatan agar dapat aku mengharungi segala rintangan
dan Kau tabahkan lah hati ku.
Sunday, February 28, 2010
Wow!
tika aku menulis ini, aku baru saja selesai dari menyertai pertandingan futsal anjuran fakulti bisnes..
aku agak teruja kerana kumpalan ISBA bermain agak bagus walaupon aku tidak memberi sumbangan kepada kumpulan kami
ini adalah pengalaman pertama kali ku dalam menyertai pertandingan futsal
memang aku gugup! tenaga ku hanya diguna untuk baki perlawanan utnuk kumpulan kami
dorongan dari rakan,
jiji, furi, emi, fizi, tom, dan kehadiran kay, membuat kan aku sedikit berani untuk bermain..
oh ya!
aku disapa oleh seseorang yang tidak ku sangka!
hello NURULHAWA HUSSIN!
itulah kali kedua aku bertentang mata dengannya, walaupon dia memakai "shades"
haha, agak goyang aku ketika itu..
apa pun,
ternyata usaha aku berjogging berpuluh pusingan tidak mendatang kan sebarang hasil kepada ku.
hanya sedikit keras di labu betis, itu sahaja
sedang aku duduk sambil menonton rakan2 ku bermain, baru ku sear yg kasut futsal ku telah koyak tapak nya..
maka,
terpaksa lah ku membeli "si putih gebu idaman ku" itu kelak
ternyata banyak lagi usaha perlu aku tingkatkan untuk menjadi seorang yang "fitt"
sampai disini sahaja..
TAHNIAH AKU UCAPKAN KEPADA PASUKAN ISBA "A"!
Saturday, February 27, 2010
Himpunan kisah resah gelisah
Masih tak dapat lagi untuk aku terima apa itu “salam satu Malaysia”
Slogan yang dibawa oleh perdana menteri kita sekarang ini
Oh,walaubagaimanapon, itu tidak ada kena mengena dengan penulisan aku kali ini.
Penulisan kali ini lebih tertumpu kepada apa yg terjadi pada aku sejak kebelakangan ini..
seblum itu, maaf aku pinta dari saudara terpuji kerana mengabil tajuk blog beliau untuk penulisan aku kali ni.
Mungkin ada yang tahu, dan mungkin yang tidak,
Aku sekarang ini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan ku..
Wow! Bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya..
Tidak tahu mengapa secara tiba2 ,aku ingin mengurangkan berat badan ku, secara drastic pula..
Mungkin alas an kenduri abang ku semakin hamper,menyebab kan aku ingin kelihatan segak dan tampan dihari bersejarah abang ku kelak
Takut nanti baju melayu yang ditempah, tidak muat pula..
Ya,mungkin itu alas an ku paling kukuh boleh aku beri untuk masa ini.
Walaupon ada alasan lain yang tak mungkin aku dedahkan
Oh ya, aku sudah kehilangan 5kg dalm seminggu baru ini.. hahaha
Mari kita ke topic seterusnya,
Pada 27 febuari yang lalu,
Aku berada di cheras dikala aku menulis post aku kali ini.
Sampai di rumah makcik ku, terus ku menuju untuk bertemu dengan nenek ku.
Dan ku lihat nenek ku tidur dengan tubuh tuanya yang tak bermaya, lalu berkata,
“cik, wo sakit kepala ni,..”
Cik adalah nama panggilan untuk ku oleh ahli keluarga, dan “Wo” pula adalah panggilan untuk Nenek bagi asal usul keturunan ku iaitu Kampar Indonesia
Oh, sedih aku mendengar rintihan nenek ku, tetapi harus ku tabah kan hati supaya jangan bersedih
Ya, air mata ku amat murah jika anda mengenali aku, apa saja yang membuat ku sayu, maka bergenang lah air mataku
Entah berapa lama lagi dapat ku bersua dengan Wok u lagi.
Selain dari Jusri Edzwan dan Amirul Afiq, aku juga adalah cucu kesayangan Wo ku
Tiada apa yang aku tak dapat dari nya,
Segala permintaan ku telah dia tunaikan.
Tapi aku, masih tidak dapat memberikan apa2 kepada Wo ku
Yang aku tahu, aku hanya menykitkan hati nya dari dulu hingga kini..
Banyak dosa ku pada Wo ku
“Ya Allah, Kau sihatkan lah tubuh badan nenek ku, dan Kau panjang kanlah umurnya”
Semoga dapat aku tunaikan apa yang di hajati oleh nenek ku kepada ku
Sitam binti Abdullah, aku sayang pada mu..